Thursday 18 August 2011

pelangi dan kekasih


merah
jingga
kuning
hijau
biru
indigo
ungu


warna2 pelangi yang indah dan mampu membuat kita terseyum..

...(hujan mula berhenti)...


aku melihat sebuah pelangi yang sering menunjukan warna2 yang cantik, warna2 tersebut berkerjasama dan berusaha untuk menghasil kan warna2 yang mampu untuk membuat aku tersenyum  dan membahagiakan sesiapa saja yang melihat nya..


tetapi kekasih ,
hidupmu tidak seperti pelangi tersebut yang sering membantu untuk mendapat kebahagian diri dan semua yang melihat nya..


oh kekasih ,

kau tidaklah seperti pelangi .
kerana kau mempunyai setiap keistimewaan yang ada pada pelangi ,
 dan pelangi tidak mungkin mempunyai apa yang engkau ada ,


mungkin pelangi boleh membuat semua yang memandangnya terpesona ,
boleh membuat setiap mata manusia terpegun dengannya ,
tapi kekasih , kau  juga boleh melakukan itu .
tetapi mampukah pelangi itu membuat ku tersenyum sebagaimana
engkau membuat ku tersenyum ?

dari pertama aku melihat mu ,
kau tidak la seperti pelangi yang mampu membuat ku tersenyum pada awalnya ,
kerna pelangi itu hanya akan muncul dikala hujan berhenti ,
dan dikau sentiasa ada disampingku disetiap masa ,
dan kau benar-benar lebih indah dan istimewa dari pelangi ,


Wahai pelangi !

jangan la kau pernah berharap yang engkau akan bisa mengalahkan
kekasihku ,
kerana engkau tidak lah seperti kekasih ku yang sentiasa dapat membuatku tersenyum
lebih lebar dan kekasih ku juga lah yang sentiasa berada disisiku tidak seperti dirimu 
yang sentiasa ada selepas hujan .

Wahai Kekasih !

Jangan lah kau cuba untuk menjadi pelangi ,
kerna keindahan dan keistimewaanmu sudah melebihi apa yang ada pada pelangi ,
dan aku sudah berpuas hati dengan apa yang dikau ada ,
dan itulah yang akan membuat ku terus suka dan membuatku akan terus bersamamu sehingga keakhirnya .

0 comments: