Friday 18 November 2011

Kerana Hati.

akal : selalu mengingati mu ,
otak : tidak berhenti dari menerima impulse tentang mu .
fikiran : selalu memikirkan mu .

mata : seakan sentiasa melihat mu .
mulut : tidak berhenti dari menyebut nama mu .
tangan : sentiasa ingin membelai manja rambut mu .
kaki : sentiasa ingin melangkah mencari diri mu .

jantung seakan berdegup untuk mu ,
tapi tiada guna semuanya ,
jika hati berdegup untuk insan yang hati nya sudah dimiliki , ditawan ,
di jajah dan di curi oleh insan lain .

wahai hati ,
mengapa kau serahkan dirimu kepada nya ,
mengapa kau paut kan hati mu pada hati nya ,
mengapa kau sanggup terseksa kerana nya ,
mengapa kau sanggup menangis kerana nya .

kerana hati , mata menangis ,
kerana hati , diri terseksa ,
kerana hati , jiwa merana ,
dan kerana hati , tidak dapat ku menerima kenyataan .

maaf kan aku ,
tidak akan pernah ku sebut nama mu lagi ,
akan ku tapis rindu ku terhadap mu ,
tidak akan pernah ku melangkah mencari mu ,
akan ku halang mimpi mu ,
semua kerana diri mu .

dan tidak akan pernah lagi ku ganggu dirimu .

mulai kini ,
biarkan aku sendiri .

( mudah untuk membuat teman menjadi teman istimewa ,tetapi
untuk menjadi kan teman istimewa kepada teman biasa ,
bukan lah sesuatu yang mudah dan ia nya adalah sesuatu yang mustahil )