acap kali kau sakiti ku ,
acap kali kau mendungkan hati ku yg sebelumnya cerah kerana mu .
dan ,
acap kali jua kau cuba menidakkan kasih sayang ku terhadap mu .
pernah juga kau cuba untuk berlari meninggal kan ku ,
walau kau tahu aku di sini sentiasa mengharap kan mu .
namun ,
sentiasa ku cuba untuk bertahan dan terus bertahan .
namun..
kau sentiasa berlari dan terus berlari..
lalu ,
ku cuba untuk melupakan mu ,
ku cuba untuk hidup tanpa bayangan mu ,
ku cuba hakis rindu ku terhadap mu .
ku cuba kikis segala rasa yg ada untuk diri mu..
walau tanpa ku rela dan pedih yang ku rasakan .
kini ,
aku mula terbiasa dengan segala usaha ku untuk melupakan mu .
aku mula selesa tanpa kehadiran mu..
aku juga bisa hidup tanpa cinta mu..
namun kini...
mengapa kau cuba untuk mengetuk kembali pintu yang mula tertutup rapat buat diri mu .
mengapa ? mengapa sayang ?
mengapa kini dirimu ingin membangkitkan kembali nostalgia silam .
mengapa sayang ,
mengapa bukan di saat aku begitu memerlukan kasih sayang mu ?
di saat aku tenggelam di buai perasaan ku terhadap mu ?
mengapa kau cuba untuk berlari meninggal kan ku ?
mengapa kau sentiasa menduga perasaan ku terhadap mu ?
sayang ,
tahu kah diri mu ,
betapa aku amat menyayangi mu sewaktu-waktu dahulu .
(sayangi lah orang yg begitu mencintai mu , bukan orang yg kamu cintai . sesungguh nya , orang yg mencintai mu , lebih baik dari yg kamu cintai)
0 comments:
Post a Comment